Aku benar-benar hairan. Persoalan ini kerap kali bermain dalam kepala aku. Kenapa Khairy Jamaluddin (KJ) ni musuh sangat dengan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Berpanjangan sangat rasanya permusuhan ini, walaupun KJ kata dia tak memusuhi FAM (ye ke KJ?).
Nampaknya selepas KJ di lantik menjadi Menteri Belia dan Sukan, beliau menjadi terlebih vokal menegur dan menentang segala tindak tanduk FAM. Komen-komen KJ terjurus kepada penentangan dan ini terjadi mungkin kerana beliau di sokong oleh bekas orang kuat FAM, Datuk Annuar Musa, yang kini sama-sama berada dalam kabinet. Di samping turut di bantu oleh Pengarah MSN yang aku rasa lebih pandai bercakap dari menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Terkini tentang pengambilan jurulatih baru untuk mengendalikan skuad negara. Ketika skuad negara di kendalikan oleh Datuk K.Rajagobal tak kena kerana asyik kalah, di ganti oleh Datuk Ong Kim Swee pun di tempelak kerana gagal mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Myanmar yang lalu.
Menerusi komen-komen KJ, Datuk Zulkeply Embong dan Datuk Annuar Musa, jelas ada benda yang tak kena di antar mereka dengan FAM. Untuk makluman, dalam dunia bolasepak, tidak ada satu pun pasukan yang menang seratus peratus. Mana ada satu pasukan dalam dunia ini yang tidak pernah kalah? Dalam sukan, tidak ada perkataan sempurna dan kekalahan adalah lumrah dalam dunia bersukan. Apa yang perlu kita lakukan adalah mengubah setiap kekalahan kepada suatu kemenangan dan kemenangan dalam dunia sukan bukanlah sesuatu yang kekal. Itu hakikat dan kenyataan yang semua orang perlu faham dan terima.
Dalam sukan ada undang-undang berkaitan sukan itu sendiri. Sama saperti undang-undang pentadbiran sesebuah negara. Undang-undang harus di patuhi dan jika tidak relevan, perlu di ubah mengikut saluran undang-undang yang di tetapkan oleh jenis sukan itu sendiri. Undang-undang dalam bersukan bukan boleh di ubah dan di pinda kerana Menteri atau Pengarah atau Presiden tak bersetuju dengan klausa perundangn di dalam perlembagaan sukan tersebut.
KJ terlalu banyak komen dan merasakan apa yang beliau anjur dan garapkan adalah ramuan terbaik untuk peningkatan mutu sukan tersebut. KJ lupa ke, suatu ketika dulu beliau ada berkerjasama dengan TV3 dan beberapa kawan baik beliau, menganjurkan bolasepak remaja? Berjayakah rancangan itu? Mana perginya rancangan itu sekarang?
Itulah hakikatnya bila kita berkerja untuk mencari publisiti dan untuk mencari populariti. Ya, ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan ini bolehlah bercakap pasal sukan. Buat itu ini, semuanya untuk penambaikkan mutu sukan negara. Konon. Apakah KJ ingat semua persatuan sukan bersetuju dengan apa yang beliau cakap dan cadangkan? Cuba tengok dan lihat, berapa badan sukan yang menolak pandangan dan cadangan beliau? Jangan tengok kepada jenis sukan yang berjaya masakini, kerana akan sampai masanya sukan yang berjaya itu akan merudum jatuh dan masa itu kita lihat dan tengok apa pula komen KJ (kalau masih menjadi Menteri Belia dan Sukan).
Bercakap bab pembangunan memang senang. Ya lah, cakap bukan kena keluar duit. Cakap bukan kena keluar peluh. Sebagai menteri, KJ boleh bercakap dan mengarah orang lain membuat kerja. Tapi tahukah KJ, pembangunan sukan memerlukan kekuatan mental dan sokongan bukan dari KBS, MSN atau sesiapa. Pembangunan sukan bermula dari rumah dan sokongan padu ibubapa dan keluarga. Mentaliti bersukan perlu di serap tapi di bimbing dan di asuh. Bersukan perlukan disiplin yang terlalu tinggi untuk berjaya. Kejayaan dalam bidang sukan terkini, bukan lagi setakat menang pingat emas Sukan SEA atau Sukan Asia. Matlamat bersukan yang harus di terapkan terkini adalah juara dunia. Terbaik di kalang mereka yang terbaik,.
Dalam menuju kecermerlangan itu, kita perlukan ikon-ikon dalam bidang tertentu dan ikon itu harus datang dari kalangan kita dan bukan dari luar negara. Kita boleh mengambil orang luar untuk membimbing kita dan memindahkan teknologi untuk kebaikan kita. Kita boleh mempelajajri sesuatu yang kita tidak ada dari orang luar kerana sukan mereka lebih kompetitif. Tiada salahnya kita mengambil orang luar kalau itu yang boleh meningkatkan sukan kita. Kalau bakat dan kemahiran tempatan tidak mampu mengubah dan membawa kepada peningkatan, salahkah bawa orang luar untuk memajukan sukan tersebut?
Aku nak tanya KJ dan Pengarah MSN, sebagai Menteri Belia dan Sukan dan Pengarah MSN, pernahkah mereka melihat kepada kegagalan sukan memanah. Sudah berapa tahunkan jurulatih sama yang mengendalikan sukan memanah negara gagal dalam membawa pulang pingat emas yang bertaraf dunia? Kalau setakat emas Sukan SEA tu tak payah nak megah lah.... pemanah negeri pun boleh menang. Ada kelian ambil kesah dan perihatin keatas kegagalkan jurulatih yang sedia ada? Kejayaan pemanah negara sekarang bukan lahir dari bimbingan jurulatih Korea yang 'bela' MSN, tapi hasil titik peluh dan bimbingan jurulatih tempatan yang tidak di pedulikan oleh MSN. Cuba jengok-jengok bila ada kelapangan.
Berbalik kepada FAM dan pelan pembangunan anjuran KJ, aku rasa selagi KJ dan FAM tidak bersefahaman, selagi itulah akan ada perkelingkahan dan ketidaksetujuan. KJ harus tahu bila nak bercakap dan bila nak diam. Berbincang adalah langkah terbaik. Kadang-kadang bila kita ada idea dan sesuatu perancangan untuk kebaikan, jangan sibuk menghebuh kepada khalayak ramai, takut-takut apa yang di hebuhkan tak menjadi dan mendapat banyak tentangan. Bawa berbincang dan terima pandangan mereka yang arif dalam bidang sukan tertentu dahulu. Bila dah yakin dan telah ada blueprintnya, barulah kita hebuhkan kepada orang ramai. Ingat, benda yang kuat berbunyi sebenarnya tidak berisi.
Pembangunan sukan, apa jenis sukan sekalipun, harus bermula dari bangku sekolah. Di didik oleh mereka yang mahir dalam sukan tertentu dan di didik, di asuh dan di bimbing oleh mereka yang mahir. Kesalahan kita adalah murid-murid sekolah tidak di bimbing dan di didik oleh mereka yang mahir tapi oleh guru yang tak tahu pun tentang sukan yang di ajar.
Itulah sebabnya, walau bagaimana berjayanya kita sebagai ibubapa, kita masih menghantar anak kita ke sekolah kerana guru-guru di latih cara mendidik anak-anak kita tentang pembelajaran..Kenapa tak ajar anak sendiri untuk belajar sedangkan kita ibubapa yang berjaya? Biarlah mereka yang mahir dalam bersukan mengajar anak-anak kita tentang sukan dan jangan terlalu asyik menubuh pelbagai akademi akademi sukan kononnya demi pembangunan sukan. Macamnana nak membangun kalau asas bersukan itu pun anak-anak kita tidak tahu? Kita tidak boleh menghantar anak kita ke pusat pengajian tinggi kalau anak kita tidak melalui asas persekolahan mereka. Begitu juga bersukan.
Fikir fikirkanlah. Benda yang banyak bunyi adalah lazimnya benda itu TIADA ISI.
No comments:
Post a Comment