JPJ dan Polis boleh melakukannya dan mampu untuk mengurangkan jumlah kemalangan maut di lebuhraya dan jalan-jalan kecil di negara ini. Persoalannya, apakah JPJ dan Polis beranggapan dengan melakukan sekatan-sekatan jalanraya secara bermusim dan bila perlu dapat mengatasi atau mendidik pengguna dari segi keselamatan pemanduan? TIDAK, itulah jawapan yang tepat kepada persoalan di atas.
Saya tidak perlu untuk melakukan kajian dengan data-data secara saintifik untuk membuktikan bahawa 98 peratus kemalangan kecil dan maut yang berlaku berpunca dari tabiat dan cara pemanduan oleh pemandu yang mementingkan diri sendiri. Hanya 2 peratus sahaja yang melibatkan soal teknikal saperti permukaan jalan, cuaca dan mekenikal. Bagi pemandu yang 100 peratus perihatin dan sempurna, 2 peratus inilah yang penyebab jika berlakunya kemalangan.
PROAKTIF adalah perkataan yang paling mujarab untuk digunakan oleh pihak JPJ dan Polis dalam membenteras dan mendidik pemandu tentang pentingnya pemanduan yang berhemah.
Pemandu yang telah mempunyai lesen memandu tidak perlu di didik tentang cara pemanduan dan undang-undang jalan raya kerana mereka seharusnya telah tahu setelah tamat belajar di sekolah-sekolah memandu dan lulus dalam ujian pengambilan lesen mereka.
JPJ dan Polis tidak perlu lagi mendidik. JPJ dan Polis hanya perlu bertindak. Dan bertindak tegas. Masalahnya, baik JPJ dan Polis, mereka bertindak secara bermusim dan bukan berterusan. Mereka hanya hidup bila ada kemalangan besar berlaku, bila ada perayaan dan bila mereka fikir dah lama tak buat sekatan dan pemeriksaan. Malah ada suara-suara yang mengatakan, pihak JPJ dan Polis bertindak bagi memenuhai KPI yang perlu mereka capai. Kalau tidak sekatan sekatan yang dilakukan hanya untuk cari makan sahaja.
PROAKTIF, jika pihak JPJ dan Polis bertindak 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 12 bulan setahun. Itu tugas yang mereka galas dan itu tugas yang mereka perlu penuhi. Tugas yang dipertanggungjawabkan bukan satu perkara yang senang dan boleh diambil mudah. Tanggungjawab yang digalas oleh pihak JPJ dan Polis bukan untuk diperlekehkan. Namun tindak tanduk sesetengah anggota JPJ dan Polis yang tidak mengambil pusing tentang kesalahan yang berlaku di depan mata, maka kesalahan itu terus berlalu dan di anggap tidak lagi satu kesalahan.
Pihak JPJ dan Polis seharusnya bertindak BILA melihat berlakunya kesalahan. Tidak mengira masa, tempat dan ketika. Kesalahan tetap kesalahan. Pembenterasan harus di lakukan dan penguatkuasaan mesti dilaksanakan. Pemandu harus di ajar untuk mengerti setiap saman yang dikeluarkan bukan kerana nasib malang mereka tetapi kerana mereka telah melakukan kesalahan. Saman bukan satu tindakan mencari wang oleh kerajaan, tetapi saman adalah kerana pemandu telah melakukan kesalahn. Jika tidak mahu dikenakan saman, JANGAN lakukan kesalahan.
Sekarang unit trafik telah bertukar menjadi Jabatan Trafik PDRM. Semoga dengan tindakan ini, ianya akan merubah senario pesalah trafik daripada malang kepada aku telah melakukan kesalahan trafik.
Jangan pula setelah kenaikan taraf, Jabatan Trafik PDRM lebih kepada mencari kesalahan untuk mendapat wang saku sahaja. Jangan lupa, orang yang memberi juga apabila jemu, akan bersuara dan ini menjadikan jabatan trafik ini sebagai indah khabar dari rupa.
No comments:
Post a Comment