Friday, January 10, 2014

Antara Agama dan Penguatkuasaan - Bila Kita Jadi Pengecut

Hebuh diperkatakan tentang serbuan JAIS ke atas rampasan bible dalam bahasa Melayu yang mengandungi perkataaan Allah.  Orang Kristian dan orang politik DAP hebat mempertikai tindakan JAIS, orang Islam dan NGO Islam pula mempertahankan JAIS.  Sampai bila nak selesai.

Masalah yang diperhebuhkan adalah kerana serbuan dan rampasan JAIS.  Tetapi tidak saorang pun orang Kristian dan orang politik DAP memperkatakan tentang penggunaan perkataan Allah di dalam bible tersebut.  Mereka cuma kata bible dalam bahasa Melayu yang dirampas dan bukan rampasan kerana penggunaan perkataan Allah, yang telah dilarang oleh mahkamah dan Titah Baginda Sultan Selangor yang juga mahukan seluruh rakyat bukan Islam di negeri Selangor DE tidak menggunakan perkataan Allah di dalam agama mereka kerana perkataan Allah adalah HAK orang itu mengikut perlambagaan negara.

Di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain. Senang dan mudah untuk difahami.  Penggunaan perkataan Allah, di Sabah dan Sarawak, sebenarnya dipratikkan sebelum Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian dari negara Malaysia lagi.  Kalau di England atau di Italy, mereka nak gunakan perkataan Allah dalam bible mereka, kita tidak larang pun.  Kita larang kalau perkataan Allah itu digunakan oleh penganut agama lain di Semenanjung Malaysia ini sahaja.  Usah belitkan dan kusutkan situasi dan jadikan ia satu isu keagamaan.

Kalau benar penganut agama Kristian boleh menggunakan perkataan Allah dalam bible mereka, kenapa baru sekarang baru mahu di kuatkuasakan?  Kenapa tidak dari dulu lagi?  Dulu tak guna perkataan Allah, tak jadi hal pun.  Mungkin sekarang situasi sudah berubah.  Mungkin penganut agama Kristian dan sokongan ahli politik DAP maka mereka nampak sebagai mampu untuk satu hari negara ini dapat dijadikan negara Kristian dan yakin DAP dengan sokongan pembangkang dari kalangan orang Melayu Pas dan PKR, mereka mampu untuk mengambilalih tampuk pemerintahan negara dan melakukan perubahan ini.  Mungkin.

Sebenarnya, isu ini tidak perlu ada dan tidak akan di pertikaikan jika semua orang yang mempunyai kuasa untuk bertindak tahu tugasan dan tanggungjawab mereka.  Masalahnya, mereka ini lebih mementingkan periuk nasi dan mata pencarian mereka dari menegakkan kesucian agama Islam.  Tapi bila orang Melayu dan beragama Islam yang melakukan provokasi terhadap bangsa dan agama lain, alangkah pantasnya tindakan dan hukuman diambil ke atas mereka.

Satu contoh terbaik, kes perarakan kepala lembu di Selangor satu ketika dulu.  Pihak Peguam Negara dan polis dengan pantas bertindak dan mengheret mereka yang terlibat kemuka pengadilan.   Itu sebab yang melakukannya adalah orang Melayu dan beragama Islam.  Sedihnya ini negara Islam dan bila orang Islam yang membantah, bila agama Islam di hina dan lebih sedih bila Nabi dan Allah dipermain-mainkan, mereka yang berkuasa yang beragama Islam pula yang menyokong dan melarang tindakan diambil.

Kalau saya mengatakan Paderi Lawrence Andrew ini sebenarnya bukan orang Kristian asli pun.  Entah dari kasta mana pun tak tahu.  Bila dah jadi paderi dan punya suara sikit, dah mula naik junjung.  Kaduk jenis ini sebenarnya hanya akan membunuh tumbuh-tumbuhan lain bila dia mula merebak.  Siapa dia untuk mengarah dan melanggar perintah mahkamah dan Titah Baginda Sultan Selangor, untuk meneruskan penggunaan perkataan Allah di dalam gereja Kristian seluruh Selangor?  Tapi bila di sokong dan di pertahankan oleh orang Cina dan India Kristian yang lain, maka beliau terus berkeras dan kenapa tidak, siapa pun tidak berani bertindak.  Kalau setakat bercakap dan membantah, tak jadi kudis pun.

Peguam Negara, pihak PDRM, Penguatkuasa Agama Negeri dan Negara, pengamal undang-undang dan semua yang berkuasa, tidak siapa pun yang berani bertindak.  Semuanya mengambil sikat tunggu dan lihat. Kalau ada Mufti yang bersuara, Mufti di kutuk, kalau ada NGO Islam yang mahu bertindak, pihak PDRM awal-awal lagi melarang dan mengugut bahawa tindakan undang-undang akan diambil keatas mereka.  MAIN (Majlis Agama Islam Negeri ...) pula lebih ghairah menangkat orang Islam yang duduk berdua-duanya yang melanggar hukum Allah dari mempertaruhkan maruah Allah dan Nabi di hina penganut agama lain.  Saya bukan menyokong perbuatan melanggar hukum Allah, tapi sedih kerana keutamaan yang perlu dipertahankan telah diabaikan.

Saya nak tanya kepada Peguam Negara, melanggar perintah mahkamah bukankah boleh dianggap sebagai menghina mahkamah?  Pekak atau bisukan mereka di pejabat Peguam Negara untuk menghukum mereka yang melanggar araham mahkamah?  Atau macam biasa, kita tunggu ada orang buat laporan.  Pihak PDRM pula asyik dengan ayat-ayat klise mereka, "kita akan buka kertas siasatan dan serahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk pendakwaan."  Nak muntah dibuatnya.

Kalau kita takut, kita lepaskan sahaja jawatan disandang dan berikan kepada mereka yang berani melakukannya.  Paderi Lawrence Andrew telah melanggar perintah mahkamah, Titah Baginda Sultan Selangor dan telah menghina agama Islam, itu pun tak berani untuk bertindak lagi?  Rasanya kalau saya, orang Melayu dan beragama Islam ini, yang berkata kita halau sahaja orang Kristian dan bukan Islam yang mempersoalkan Perlembagaan Negara berkaitan Agama Islam dan Bahasa Melayu, rasanya, bila ditimbulkan oleh orang bukan Islam, pasti cepat pihak polis dan PGA (Pejabat Peguam Negara) bertindak dan mengeret saya ke mahkamah untuk menerima hukuman.

Saya bukan anti Kristian.  Saya bukan musuh penganut agama Hindu atau Buddha.  Saya adalah rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keamanan.  Kebebasan beragama di negara ini telah berjalan lancar dan aman sepanjang 63 tahun saya bernafas.  Tapi, kenapa kini, penganut agama lain seringkali menghina dan mempersendakan agama Islam?  Adakah generasi terkini lupa bahawa ini negara Islam dan orang Kristian, Cina dan India bermula sebagai pendatang dan menumpang kemakmuran di negara yang bertuah ini.  Mereka tidak pernah dihalang untuk mencari rezeri dan di tindas untuk maju.  Tapi kenapa kini mereka terlalu biadab dan lupa diri.

Jawapan yang boleh saya rumuskan adalah, dari Pejabat Peguam Negara, PDRM, MAIN dan serta Menteri Hal Ehwal Agama di Pejabat Perdana Menteri, kalau takut untuk bertindak ke atas perkara yang sahih melanggar undang-undang, baik lepaskan jawatan dan berikan kepada mereka yang berani ke atas perkara yang benar.

Inilah yang terjadi bila kita jadi pengecut.

No comments: