Thursday, January 30, 2014

Kajang Oh Kajang

Memang orang orang di Kajang dah jadi macam Kajang Pak Malau.  Merempat dan merana kerana ditipu dan disisih oleh orang yang mereka sendiri pilih.  Pelbagai sebab diberi bagi menghalalkan cara.  Pelbagai sebab diberi demi sebuah pengorbanan.  Pelbagai sebab demi keutuhan sebuah parti.  Begitulah hebatnya orang yang bernama Lee Chin Cheh (Licin Ceh!)

Sebenarnya orang biasa tidak mengerti kenapa Lee Chin Cheh ini mesti meletakkan jawatan beliau hanya kerana MB Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali tidak sehaluan.  N46 Perlabuhan Klang dan P098 Gombak yang tak sebulu, tiba-tiba N25 Kajang pula yang melepaskan jawatan.  Dan dengan tak semena-mena datang P044 Permatang Pauh sebagai penyelamat.  Hairan juga.

Lee Chin Cheh dulu beria-ia nak jadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan kerana nak berbakti kepada rakyat.  Beliau jadi ADUN sebagai satu karier atau kerjaya sahaja.  Dapat gaji dan elaun serta segala bagai kemudahan sebagai seorang ADUN.  Tiba-tiba nak letak jawatan.  Lagi la hairan.  Siapa pula nak beri beliau gaji dan elaun?  Kalau tak ada kerja, sudah pasti tak ada gaji dan elaun.  Bukan gitu?

Saya rasa perletakan jawatan Lee Chin Chen ini memang perbuatan licin (cis!)  Betul ke dia letak jawatan kerana nak selamatkan PKR atau ada orang lain nak naik jadi MB Selangor?  Kalau ADUN atau Ahli Parlimen lain letak jawatan dan jadi bebas, mereka seringkali dikaitkan dengan pembelian oleh BN. Pembangkang akan menuduh BN membayar jutaan ringgit agar mereka ini keluar dari pembangkang  Tapi kali ini, lagu yang dinyanyikan tidak lagi seirama.  Lagu baru kini adalah demi menyelamat parti PKR.

Lee Chin Cheh melepaskan jawatan beliau kerana beliau telah dibayar untuk melepaskan jawatan.  Bayaran yang melebihi dari cukup untuk Lee Chin Cheh hidup mewah seumur hidup beliau.  Kalau mati pun harta tersebut tak habis lagi.  Itulah habuannya.  Menitis air liur memikirkan ganjaran tersebut dan masakan tidak, kerana tanpa persetujuan dari gabungan pakatan lain, PKR  dengan pantas menamakan P044 Permatang Pauh menjadi calun N25 Kajang.  Kenapa tidak orang dari Kajang sahaja yang dipilih sebagai ganti?  Saya yakin dan percaya, kalau orang Kajang yang nak dipilih, Lee Chin Cheh tidak akan melepaskan jawatang beliau.

Pembangkang sering memainkan isu rasuah dari kalangan orang politik BN.  Sebenarnya bila kita sering mengaitkan orang lain pasal rasuah, kita sebenarnya cuba mengalihkan pandangan kepada rasuah yang kita buat.  PKR sebenarnya adalah sebuah parti PENIPU dan KUAT RASUAH.  Anwar Ibrahim adalah bapa segala perilaku rasuah dalam negara ini.  Cumanya, kerana beliau pandai bercakap dan kaki putar belit, maka semua orang termakan dengan kata-kata beliau sehinggalah kepada Singa Jelutong pun boleh tunduk kepada Anwar Ibrahim.  Itupun ada cerita Singa Jelutong dibayar untuk menyebelahi Anwar Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan PDRM seharusnya menyiasat dan menukar prosedur yang sedia ada agar ADUN atau Ahli Parlimen yang dipilih tidak boleh meletakkan jawatan.  Dua perkara sahaja yang membolehkan mereka yang dipilih ini melepaskan jawatan.  Satu, kematian.  Dua, disabitkan kesalahan oleh mahkamah.  Sakit atau tidak berupaya tidak mengizinkan perletakkan jawatan, kerana Nik Abdul Aziz dulupun tak melepaskan jawatan walaupun beliau uzur.  Penolong dan pembantu beliau masih boleh menjalankan urusan kerana otak beliau masih boleh berfikir.

Saya yakin dan percaya, Lee Chin Cheh telah menerima rasuah dari PKR demi kelangsungan politik Anwar Ibrahim.  Saya tidak perlu memberi apa-apa bukti, kerana orang pakatan bila menuduh orang BN rasuah pun tak perlu ada bukti.  Tikus Puchong (anak Singa Jelutong) dah bisu bila orang ramai minta beliau beri bukti kepada apa yang beliau sendiri katakan.  Ini membuktikan mereka dari parti pembangkang adalah bapa segala rasuah yang berlaku di negara ini dan mereka cuma memainkan isu tersebut secara sistematik sehinggakan yang bersalah adalah BN.

Siasatlah perkara ini kerana biar apa pun alasan pakatan pembangkang, pilihanraya kecil ini adalah satu pembaziran wang rakyat.  Dan PKR (Penipu, Kuat Rasuah) adalah punca segalanya.  Dan orang Selangor sebenarnya telah tertipu.

Untuk menebus kesilapan PR13 dahulu, bermula dari Kajang, kembalilah kepada BN dan berilah petunjuk kepada kawasan lain di Selangor, bahawa titik permulaan untuk kembali ke jalan yang menjamin masa hadapan adalah kembali kepada BN.  Kajang MESTI tolak Anwar dan PKR, Pas dan DAP.

No comments: