Pelepasan jawatan sebagai Penasihat FAM oleh Presiden JDT adalah sesuatu tindakan yang paling bijak yang beliau lakukan. Sebenarnya Presiden JDT tidak payah bersusah payah untuk memegang jawatan Penasihat FAM dari awal lagi, kerana, beliau pun bukan pandai nak menasihati orang.
Namun pelepasan jawatan ini dibuat bersandarkan kepada permohonan JDT untuk menunda perlawanan dengan Selangor dan Sarawak. Secara logiknya pun kalau kita nak minta sesuatu yang melibatkan pihak kedua, maka kita minta persetujuan dari orang yang kita minta juga. Kalau dah Selangor dan Sarawak tidak mahu menukar tarikh perlawanan mereka, kenapa FAM yang telah mencuba untuk melakukannya pula yang hendak dipersalahkan? Siapa yang tak adil sekarang?
Presiden JDT telah tidak berlaku adil kepada FAM dengan menyerang badan bola sepak negara dengan tuduhan sedemikain, hanya kerana permintaan Pahang dilulukan. Presiden JDT tidak marahkan FAM, tetapi, kerana bos FAM adalah dari Pahang.
Presiden JDT mempunyai cita-cita dan idea untuk membangunkan bolasepak Johor dan negara ketahap yang murni. Malangnya kemurnian ini dilakukan dengan cara beliau sendiri tanpa mengikut lunas-lunas perlembagaan FAM. Anda boleh melakukan segalanya di Johor, tetapi, untuk merubah apa yang ada dalam FAM. anda perlu menjadi sebahagian dari setaf FAM. Fahami Perlembagaan dan SOP yang ada dalam FAM sebelum menyalak dan berlagak pandai.
Saya tidak bermusuh dengan Presiden JDT. Saya saorang peminat pasukan JDT. Saya penyokong JDT. Tetapi, saya tidak bersetuju dengan cara dan lagak Presiden JDT dalam semua tindak tanduk beliau. Kadang-kadang kita harus ingat, sebagai peminpin dan ketua, kita akan ada pengikut dan penyokong. Tindak tanduk pengikut dan penyokong akan mencerminkan tingkahlaku kita sebagai ketua dan pemimpin. Memang kita tidak suruh peminat dan penyokong membuat sesuatu yang tidak baik dan tidak sopan. Namun, tindakan kita yang membuat mereka terikut-ikut.
Bagi saya, Presiden JDT tidak perlu tunggu permohonan penundaan tarikh perlawanan untuk melepaskan jawatan sebagai Penasihat FAM. Presiden JDT sepatutnya telah melepaskan jawtan tersebut sebaik sahaja peminat dan penyokong JDT membentang sepanduk kepada anjing dulu lagi.
Kalau beliau mempunyai integriti, beliau telah melepaskan jawatan tersebut kerana pembentang sepanduk tersebut adalah hasil daripada tindakan beliau sendiri. Cumanya, kalau dilepaskan pada masa itu, terserlahlah kelemahan beliau sebagai pemimpin yang tidak berintegriti.
Kadang-kadang niat murni kita akan berkubur jika kita terlalu taksub dengan jawatan dan kedudukan kita. Kita boleh cakap FAM dianggotai oleh mereka yang buka pemimpin bola sepak sejati, tetapi yang berkepentingan dan hanya berpolitik. Ingatlah, satu jari menuding ke arah orang lain, empat lagi menuding ke arah diri sendiri. Dengan pelbagai komen dan kutukan yang kita buat terhadap FAM, tahukan kita yang kita juga sebahagian daripada FAM? Untuk merubah yang tidak 'kena' dalam FAM, kita harus jadi sebahagian dari anggota dalam FAM dan sebagai anggota yang berFUNGSI dan bukan menjadi sebahagian anggota yang berKUDIS dan berNANAH.
Saya menulis dan bercakap kerana saya mencintai sukan. Saya bercakap atas nama sukan. Saya bercakap demi kebaikan dan kemajuan sukan itu sendiri. Jangan hanya melihat kepada JDT sahaja.
Lihat sama kepada kemajuan sebuah negara bernama MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment