Thursday, February 19, 2015

JDT oh JDT

Pelepasan jawatan sebagai Penasihat FAM oleh Presiden JDT adalah sesuatu tindakan yang paling bijak yang beliau lakukan.  Sebenarnya Presiden JDT tidak payah bersusah payah untuk memegang jawatan Penasihat FAM dari awal lagi, kerana, beliau pun bukan pandai nak menasihati orang.

Namun pelepasan jawatan ini dibuat bersandarkan kepada permohonan JDT untuk menunda perlawanan dengan Selangor dan Sarawak.  Secara logiknya pun kalau kita nak minta sesuatu yang melibatkan pihak kedua, maka kita minta persetujuan dari orang yang kita minta juga.  Kalau dah Selangor dan Sarawak tidak mahu menukar tarikh perlawanan mereka, kenapa FAM yang telah mencuba untuk melakukannya pula yang hendak dipersalahkan?  Siapa yang tak adil sekarang?
Presiden JDT telah tidak berlaku adil kepada FAM dengan menyerang badan bola sepak negara dengan tuduhan sedemikain, hanya kerana permintaan Pahang dilulukan.  Presiden JDT tidak marahkan FAM, tetapi, kerana bos FAM adalah dari Pahang.

Presiden JDT mempunyai cita-cita dan idea untuk membangunkan bolasepak Johor dan negara ketahap yang murni.  Malangnya kemurnian ini dilakukan dengan cara beliau sendiri tanpa mengikut lunas-lunas perlembagaan FAM.  Anda boleh melakukan segalanya di Johor, tetapi, untuk merubah apa yang ada dalam FAM. anda perlu menjadi sebahagian dari setaf FAM.  Fahami Perlembagaan dan SOP yang ada dalam FAM sebelum menyalak dan berlagak pandai.

Saya tidak bermusuh dengan Presiden JDT.  Saya saorang peminat pasukan JDT.  Saya penyokong JDT.  Tetapi, saya tidak bersetuju dengan cara dan lagak Presiden JDT dalam semua tindak tanduk beliau.  Kadang-kadang kita harus ingat, sebagai peminpin dan ketua, kita akan ada pengikut dan penyokong.  Tindak tanduk pengikut dan penyokong akan mencerminkan tingkahlaku kita sebagai ketua dan pemimpin.  Memang kita tidak suruh peminat dan penyokong membuat sesuatu yang tidak baik dan tidak sopan.  Namun, tindakan kita yang membuat mereka terikut-ikut.

Bagi saya, Presiden JDT tidak perlu tunggu permohonan penundaan tarikh perlawanan untuk melepaskan jawatan sebagai Penasihat FAM.  Presiden JDT sepatutnya telah melepaskan jawtan tersebut sebaik sahaja peminat dan penyokong JDT membentang sepanduk kepada anjing dulu lagi.
Kalau beliau mempunyai integriti, beliau telah melepaskan jawatan tersebut kerana pembentang sepanduk tersebut adalah hasil daripada tindakan beliau sendiri.  Cumanya, kalau dilepaskan pada masa itu, terserlahlah kelemahan beliau sebagai pemimpin yang tidak berintegriti.

Kadang-kadang niat  murni kita akan berkubur jika kita terlalu taksub dengan jawatan dan kedudukan kita.  Kita boleh cakap FAM dianggotai oleh mereka yang buka pemimpin bola sepak sejati, tetapi yang berkepentingan dan hanya berpolitik.  Ingatlah, satu jari menuding ke arah orang lain, empat lagi menuding ke arah diri sendiri.  Dengan pelbagai komen dan kutukan yang kita buat terhadap FAM, tahukan kita yang kita juga sebahagian daripada FAM?  Untuk merubah yang tidak 'kena' dalam FAM, kita harus jadi sebahagian dari anggota dalam FAM dan sebagai anggota yang berFUNGSI dan bukan menjadi sebahagian anggota yang berKUDIS dan berNANAH.

Saya menulis dan bercakap kerana saya mencintai sukan.  Saya bercakap atas nama sukan.  Saya bercakap demi kebaikan dan kemajuan sukan itu sendiri.  Jangan hanya melihat kepada JDT sahaja.
Lihat sama kepada kemajuan sebuah negara bernama MALAYSIA.

Saturday, December 6, 2014

JANGAN BUANG MASA

Apa sebenarnya yang kita cari.  Apa sebenarnya yang kita mahu.  Aku tak pernah faham.  Kita rakyat Malaysia seharusnya selepas 57 tahun merdeka, telah dewasa dan matang.  Melayan kerenah dan peri laku bodoh sesetengah pihak tidak akan mematang dan mendewasakan kita.

Kita laungkan tentang keamanan.  Kita canang soal keharmonian.  Kita perjuangkan hak kebebasan. Tetapi kita tidak pernah melakukan, menerima dan bersetuju dengan apa yang telah kita ada.  Kita masih lagi mempersoalkan perkara-perkara remeh yang dilontarkan oleh mereka-mereka yang bodoh dan dungu.  Bukan kita tidak boleh bertindakbalas kepada persoalan yang ditumbulkan tentang sesuatu isu, tetapi kita harus pandai dan tahu siapa yang menyuarakannya dan perlukah kita bertindak keatas apa yang diperkatakannya.

Pertama tentang Akta Hasutan yang tidak akan dimansuhkan.  Akta Hasutan 1948 ini telah sedia ada dan pada tahun 2014 ianya menjadi satu topik perbincangan yang hangat.  Malah terlalu hangat, kononnya boleh membawa kepada satu kebakarkan.  Yang menimbulkan kecelaruan tentang akta ini bermula dari kebodohan dan ketamakan orang kita juga.  Bodoh dalam memahami dan tamak mencari publisiti dan kuasa.

Kedua tentang pelucutan gelarang Datuk Seri kepada Anwar Ibrahim.  Ini lagi kelakar.  Bukan kelakar kerana pelucutan gelaran tersebut tetapi pembabitan pelakon lucah Alvin Tan.  Apa kena mengena Alvin Tan dengan gelaran Datuk Seri ini pun saya kurang faham.  Apa hubung kait Anwar Ibrahim dengan Alvin Tan ini pun saya tak tahu.  Tetapi ramai pemimpin kita memberi reaksi kepada komen pelakon lucan ini.  Perlukah?

Kedua-dua isu ini sebenarnya tidak perlu dikatakan dan apa yang perlu adalah tindakan dan penguatkuasaan.  Akta Hasutan menjadi isu hangat, dan menjadi panas bila Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan akta ini dan berjanji tidak akan memansuhkannya.  Pemimpin parti pembangkang terus melatah dan mencanang akan U-turn yang dibuat Presiden UMNO ini. Kebetulan Presiden UMNO adalah Perdana Menteri dan mereka bukan menentang Perdana Menteri tetapi lebih kepada Presiden UMNO dan Melayu secara khusus.  Pelbagai gambaran negatif yang diberi jika Akta Hasutan 1948 ini tidak dimansuhkan,  Sehingga ada pemimpin luar negara pun cuba tumpang tui dan bersuara.

Pastinya suara pemimpin dari Amerika Syarikat (USA) yang diberi perhatian.  Yalah pemimpin AS pun tidak bersetuju apabila Akta Hasutan ini dikekalkan.  Ini mesti tak betul.  Akta ini mesti tak sesuai lagi.  Nak tanya sikit, apakah akta-akta yang diluluskan senet AS tentang dasar luar mereka dipersetujui oleh negara lain?  Dan kalau negara lain tak setuju, senet AS akan membatalkan akta-akta dan undang-undang itu?  Mereka meluluskan sesuatu akta dan undang-undang bagi mempertahankan keselamatan negara dan rakyat mereka.  Dan kita mengekalkan akta kita demi keselamatan negara dan rakyat kita, Malaysia.

Apa peduli apa orang lain kata, kerana akta ini telah berada dan kekal selama 68 tahun.  Keamanan yang kita kecapi ini adalah hasilnya.  Akta Hasutan tidak bersalah.  Yang bersalah adalah mereka mereka yang mencari kecatatan yang boleh dimanupilasi mereka tentang akta ini.  Kebebasan hak asasi manusia konon.  Amerika Syarikat pun tak sempurna dalam soal kebebasan dan hak asasi manusia ini.  Buka mata dan lihat, apa yang sedang berlaku di Amerika Syarikat dan perundang mereka sekarang?  Siapa yang kena tindas?  Di Malaysia, kita tidak memilih warna kulit dan keturunan.  Yang salah tetap salah setelah terbukti kesalahannya.

Alvin Tan.  Anak Cina ni sebenarnya tak layak pun diberi perhatian.  Rasanya pelacur lain pun lebih bermaruah dari beliau. Alvin Tan dan Namawee adalah contoh anak cina yang tak tahu di untung. Anak cina inilah yang mencetuskan keruntuhan dan kemusnahan keharmornian peradaban kita. Mereka adalah contoh kenapa akta hasutan perlu dikekalkan dan dikuatkuasakan.   Mereka adalah pelakon dan pelacur dalam satu masa.  Pemimpin negara jangan buang masa melayan atau cuba mempertahankan kebenaran dek komen pelacur-pelacur ini.

Cuma yang disangsikan - APAKAH KITA BERANI BERTINDAK KEATAS MEREKA INI -
kerana MEREKA BUKAN MELAYU.

Thursday, January 30, 2014

Kajang Oh Kajang

Memang orang orang di Kajang dah jadi macam Kajang Pak Malau.  Merempat dan merana kerana ditipu dan disisih oleh orang yang mereka sendiri pilih.  Pelbagai sebab diberi bagi menghalalkan cara.  Pelbagai sebab diberi demi sebuah pengorbanan.  Pelbagai sebab demi keutuhan sebuah parti.  Begitulah hebatnya orang yang bernama Lee Chin Cheh (Licin Ceh!)

Sebenarnya orang biasa tidak mengerti kenapa Lee Chin Cheh ini mesti meletakkan jawatan beliau hanya kerana MB Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali tidak sehaluan.  N46 Perlabuhan Klang dan P098 Gombak yang tak sebulu, tiba-tiba N25 Kajang pula yang melepaskan jawatan.  Dan dengan tak semena-mena datang P044 Permatang Pauh sebagai penyelamat.  Hairan juga.

Lee Chin Cheh dulu beria-ia nak jadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan kerana nak berbakti kepada rakyat.  Beliau jadi ADUN sebagai satu karier atau kerjaya sahaja.  Dapat gaji dan elaun serta segala bagai kemudahan sebagai seorang ADUN.  Tiba-tiba nak letak jawatan.  Lagi la hairan.  Siapa pula nak beri beliau gaji dan elaun?  Kalau tak ada kerja, sudah pasti tak ada gaji dan elaun.  Bukan gitu?

Saya rasa perletakan jawatan Lee Chin Chen ini memang perbuatan licin (cis!)  Betul ke dia letak jawatan kerana nak selamatkan PKR atau ada orang lain nak naik jadi MB Selangor?  Kalau ADUN atau Ahli Parlimen lain letak jawatan dan jadi bebas, mereka seringkali dikaitkan dengan pembelian oleh BN. Pembangkang akan menuduh BN membayar jutaan ringgit agar mereka ini keluar dari pembangkang  Tapi kali ini, lagu yang dinyanyikan tidak lagi seirama.  Lagu baru kini adalah demi menyelamat parti PKR.

Lee Chin Cheh melepaskan jawatan beliau kerana beliau telah dibayar untuk melepaskan jawatan.  Bayaran yang melebihi dari cukup untuk Lee Chin Cheh hidup mewah seumur hidup beliau.  Kalau mati pun harta tersebut tak habis lagi.  Itulah habuannya.  Menitis air liur memikirkan ganjaran tersebut dan masakan tidak, kerana tanpa persetujuan dari gabungan pakatan lain, PKR  dengan pantas menamakan P044 Permatang Pauh menjadi calun N25 Kajang.  Kenapa tidak orang dari Kajang sahaja yang dipilih sebagai ganti?  Saya yakin dan percaya, kalau orang Kajang yang nak dipilih, Lee Chin Cheh tidak akan melepaskan jawatang beliau.

Pembangkang sering memainkan isu rasuah dari kalangan orang politik BN.  Sebenarnya bila kita sering mengaitkan orang lain pasal rasuah, kita sebenarnya cuba mengalihkan pandangan kepada rasuah yang kita buat.  PKR sebenarnya adalah sebuah parti PENIPU dan KUAT RASUAH.  Anwar Ibrahim adalah bapa segala perilaku rasuah dalam negara ini.  Cumanya, kerana beliau pandai bercakap dan kaki putar belit, maka semua orang termakan dengan kata-kata beliau sehinggalah kepada Singa Jelutong pun boleh tunduk kepada Anwar Ibrahim.  Itupun ada cerita Singa Jelutong dibayar untuk menyebelahi Anwar Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan PDRM seharusnya menyiasat dan menukar prosedur yang sedia ada agar ADUN atau Ahli Parlimen yang dipilih tidak boleh meletakkan jawatan.  Dua perkara sahaja yang membolehkan mereka yang dipilih ini melepaskan jawatan.  Satu, kematian.  Dua, disabitkan kesalahan oleh mahkamah.  Sakit atau tidak berupaya tidak mengizinkan perletakkan jawatan, kerana Nik Abdul Aziz dulupun tak melepaskan jawatan walaupun beliau uzur.  Penolong dan pembantu beliau masih boleh menjalankan urusan kerana otak beliau masih boleh berfikir.

Saya yakin dan percaya, Lee Chin Cheh telah menerima rasuah dari PKR demi kelangsungan politik Anwar Ibrahim.  Saya tidak perlu memberi apa-apa bukti, kerana orang pakatan bila menuduh orang BN rasuah pun tak perlu ada bukti.  Tikus Puchong (anak Singa Jelutong) dah bisu bila orang ramai minta beliau beri bukti kepada apa yang beliau sendiri katakan.  Ini membuktikan mereka dari parti pembangkang adalah bapa segala rasuah yang berlaku di negara ini dan mereka cuma memainkan isu tersebut secara sistematik sehinggakan yang bersalah adalah BN.

Siasatlah perkara ini kerana biar apa pun alasan pakatan pembangkang, pilihanraya kecil ini adalah satu pembaziran wang rakyat.  Dan PKR (Penipu, Kuat Rasuah) adalah punca segalanya.  Dan orang Selangor sebenarnya telah tertipu.

Untuk menebus kesilapan PR13 dahulu, bermula dari Kajang, kembalilah kepada BN dan berilah petunjuk kepada kawasan lain di Selangor, bahawa titik permulaan untuk kembali ke jalan yang menjamin masa hadapan adalah kembali kepada BN.  Kajang MESTI tolak Anwar dan PKR, Pas dan DAP.

BANYAK YANG BOLEH DI BUAT JPJ DAN POLIS DALAM MENANGANI PESALAH JALANRAYA

JPJ dan Polis boleh melakukannya dan mampu untuk mengurangkan jumlah kemalangan maut di lebuhraya dan jalan-jalan kecil di negara ini.  Persoalannya, apakah JPJ dan Polis beranggapan dengan melakukan sekatan-sekatan jalanraya secara bermusim dan bila perlu dapat mengatasi atau mendidik pengguna dari segi keselamatan pemanduan?  TIDAK, itulah jawapan yang tepat kepada persoalan di atas.

Saya tidak perlu untuk melakukan kajian dengan data-data secara  saintifik untuk membuktikan bahawa 98 peratus kemalangan kecil dan maut yang berlaku berpunca dari tabiat dan cara pemanduan oleh pemandu yang mementingkan diri sendiri.  Hanya 2 peratus sahaja yang melibatkan soal teknikal saperti permukaan jalan, cuaca dan mekenikal.  Bagi pemandu yang 100 peratus perihatin dan sempurna, 2 peratus inilah yang penyebab jika berlakunya kemalangan.

PROAKTIF adalah perkataan yang paling mujarab untuk digunakan oleh pihak JPJ dan Polis dalam membenteras dan mendidik pemandu tentang pentingnya pemanduan yang berhemah.

Pemandu yang telah mempunyai lesen memandu tidak  perlu di didik tentang cara pemanduan dan undang-undang jalan raya kerana mereka seharusnya telah tahu setelah tamat belajar di sekolah-sekolah memandu dan lulus dalam ujian pengambilan lesen mereka.

JPJ dan Polis tidak perlu lagi mendidik.  JPJ dan Polis hanya perlu bertindak.  Dan bertindak tegas. Masalahnya, baik JPJ  dan Polis, mereka bertindak secara bermusim dan bukan berterusan.  Mereka hanya hidup bila ada kemalangan besar berlaku, bila ada perayaan dan bila mereka fikir dah lama tak buat sekatan dan pemeriksaan.  Malah ada suara-suara yang mengatakan, pihak JPJ dan Polis bertindak bagi memenuhai KPI yang perlu mereka capai.  Kalau tidak sekatan sekatan yang dilakukan hanya untuk cari makan sahaja.

PROAKTIF, jika pihak JPJ dan Polis bertindak 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 12 bulan setahun.  Itu tugas yang mereka galas dan itu tugas yang mereka perlu penuhi.  Tugas yang dipertanggungjawabkan bukan satu perkara yang senang dan boleh diambil mudah.  Tanggungjawab yang digalas oleh pihak JPJ dan Polis bukan untuk diperlekehkan.  Namun tindak tanduk sesetengah anggota JPJ dan Polis yang tidak mengambil pusing tentang kesalahan yang berlaku di depan mata, maka kesalahan itu terus berlalu dan di anggap tidak lagi satu kesalahan.

Pihak JPJ dan Polis seharusnya bertindak BILA melihat berlakunya kesalahan.  Tidak mengira masa, tempat dan ketika.  Kesalahan tetap kesalahan.  Pembenterasan harus di lakukan dan penguatkuasaan mesti dilaksanakan.  Pemandu harus di ajar untuk mengerti setiap saman yang dikeluarkan bukan kerana nasib malang mereka tetapi kerana mereka telah melakukan kesalahan.  Saman bukan satu tindakan mencari wang oleh kerajaan, tetapi saman adalah kerana pemandu telah melakukan kesalahn.  Jika tidak mahu dikenakan saman, JANGAN lakukan kesalahan.

Sekarang unit trafik telah bertukar menjadi Jabatan Trafik PDRM.  Semoga dengan tindakan ini, ianya akan merubah senario pesalah trafik daripada malang kepada aku telah melakukan kesalahan trafik.

Jangan pula setelah kenaikan taraf, Jabatan Trafik PDRM lebih kepada mencari kesalahan untuk mendapat wang saku sahaja.  Jangan lupa, orang yang memberi juga apabila jemu, akan bersuara dan ini menjadikan jabatan trafik ini sebagai indah khabar dari rupa.


Saturday, January 11, 2014

Khairy Jamaluddin dan FAM

Aku benar-benar hairan.  Persoalan ini kerap kali bermain dalam kepala aku.  Kenapa Khairy Jamaluddin (KJ) ni musuh sangat dengan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia).  Berpanjangan sangat rasanya permusuhan ini, walaupun KJ kata dia tak memusuhi FAM (ye ke KJ?).

Nampaknya selepas KJ di lantik menjadi Menteri Belia dan Sukan, beliau menjadi terlebih vokal menegur dan menentang segala tindak tanduk FAM.  Komen-komen KJ terjurus kepada penentangan dan ini terjadi mungkin kerana beliau di sokong oleh bekas orang kuat FAM, Datuk Annuar Musa, yang kini sama-sama berada dalam kabinet.  Di samping turut di bantu oleh Pengarah MSN yang aku rasa lebih pandai bercakap dari menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Terkini tentang pengambilan jurulatih baru untuk mengendalikan skuad negara.  Ketika skuad negara di kendalikan oleh Datuk K.Rajagobal tak kena kerana asyik kalah, di ganti oleh Datuk Ong Kim Swee pun di tempelak kerana gagal mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Myanmar yang lalu.

Menerusi komen-komen KJ, Datuk Zulkeply Embong dan Datuk Annuar Musa, jelas ada benda yang tak kena di antar mereka dengan FAM.  Untuk makluman, dalam dunia bolasepak, tidak ada satu pun pasukan yang menang seratus peratus.  Mana ada satu pasukan dalam dunia ini yang tidak pernah kalah?  Dalam sukan, tidak ada perkataan sempurna dan kekalahan adalah lumrah dalam dunia bersukan.  Apa yang perlu kita lakukan adalah mengubah setiap kekalahan kepada suatu kemenangan dan kemenangan dalam dunia sukan bukanlah sesuatu yang kekal.  Itu hakikat dan kenyataan yang semua orang perlu faham dan terima.

Dalam sukan ada undang-undang berkaitan sukan itu sendiri.  Sama saperti undang-undang pentadbiran sesebuah negara.  Undang-undang harus di patuhi dan jika tidak relevan, perlu di ubah mengikut saluran undang-undang yang di tetapkan oleh jenis sukan itu sendiri.  Undang-undang dalam bersukan bukan boleh di ubah dan di pinda kerana Menteri atau Pengarah atau Presiden tak bersetuju dengan klausa perundangn di dalam perlembagaan sukan tersebut.

KJ terlalu banyak komen dan merasakan apa yang beliau anjur dan garapkan adalah ramuan terbaik untuk peningkatan mutu sukan tersebut.  KJ lupa ke, suatu ketika dulu beliau ada berkerjasama dengan TV3 dan beberapa kawan baik beliau, menganjurkan bolasepak remaja?  Berjayakah rancangan itu?  Mana perginya rancangan itu sekarang?

Itulah hakikatnya bila kita berkerja untuk mencari publisiti dan untuk mencari populariti.  Ya, ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan ini bolehlah bercakap pasal sukan.  Buat itu ini, semuanya untuk penambaikkan mutu sukan negara.  Konon.  Apakah KJ ingat semua persatuan sukan bersetuju dengan apa yang beliau cakap dan cadangkan?  Cuba tengok dan lihat, berapa badan sukan yang menolak pandangan dan cadangan beliau?  Jangan tengok kepada jenis sukan yang berjaya masakini, kerana akan sampai masanya sukan yang berjaya itu akan merudum jatuh dan masa itu kita lihat dan tengok apa pula komen KJ (kalau masih menjadi Menteri Belia dan Sukan).

Bercakap bab pembangunan memang senang.  Ya lah, cakap bukan kena keluar duit.  Cakap bukan kena keluar peluh.  Sebagai menteri, KJ boleh bercakap dan mengarah orang lain membuat kerja.  Tapi tahukah KJ, pembangunan sukan memerlukan kekuatan mental dan sokongan bukan dari KBS, MSN atau sesiapa. Pembangunan sukan bermula dari rumah dan sokongan padu ibubapa dan keluarga.  Mentaliti bersukan perlu di serap tapi di bimbing dan di asuh.  Bersukan perlukan disiplin yang terlalu tinggi untuk berjaya. Kejayaan dalam bidang sukan terkini, bukan lagi setakat menang pingat emas Sukan SEA atau Sukan Asia. Matlamat bersukan yang harus di terapkan terkini adalah juara dunia.  Terbaik di kalang mereka yang terbaik,.

Dalam menuju kecermerlangan itu, kita perlukan ikon-ikon dalam bidang tertentu dan ikon itu harus datang dari kalangan kita dan bukan dari luar negara.  Kita boleh mengambil orang luar untuk membimbing kita dan memindahkan teknologi untuk kebaikan kita.  Kita boleh mempelajajri sesuatu yang kita tidak ada dari orang luar kerana sukan mereka lebih kompetitif.  Tiada salahnya kita mengambil orang luar kalau itu yang boleh meningkatkan sukan kita.  Kalau bakat dan kemahiran tempatan tidak mampu mengubah dan membawa kepada peningkatan, salahkah bawa orang luar untuk memajukan sukan tersebut?

Aku nak tanya KJ dan Pengarah MSN, sebagai Menteri Belia dan Sukan dan Pengarah MSN, pernahkah mereka melihat kepada kegagalan sukan memanah.  Sudah berapa tahunkan jurulatih sama yang mengendalikan sukan memanah negara gagal dalam membawa pulang pingat emas yang bertaraf dunia? Kalau setakat emas Sukan SEA tu tak payah nak megah lah.... pemanah negeri pun boleh menang.  Ada kelian ambil kesah dan perihatin keatas kegagalkan jurulatih yang sedia ada?  Kejayaan pemanah negara sekarang bukan lahir dari bimbingan jurulatih Korea yang 'bela' MSN, tapi hasil titik peluh dan bimbingan jurulatih tempatan yang tidak di pedulikan oleh MSN.  Cuba jengok-jengok bila ada kelapangan.

Berbalik kepada FAM dan pelan pembangunan anjuran KJ, aku rasa selagi KJ dan FAM tidak bersefahaman, selagi itulah akan ada perkelingkahan dan ketidaksetujuan.  KJ harus tahu bila nak bercakap dan bila nak diam.  Berbincang adalah langkah terbaik.  Kadang-kadang bila kita ada idea dan sesuatu perancangan untuk kebaikan, jangan sibuk menghebuh kepada khalayak ramai, takut-takut apa yang di hebuhkan tak menjadi dan mendapat banyak tentangan.  Bawa berbincang dan terima pandangan mereka yang arif dalam bidang sukan tertentu dahulu.  Bila dah yakin dan telah ada blueprintnya, barulah kita hebuhkan kepada orang ramai.  Ingat, benda yang kuat berbunyi sebenarnya tidak berisi.

Pembangunan sukan, apa jenis sukan sekalipun, harus bermula dari bangku sekolah.  Di didik oleh mereka yang mahir dalam sukan tertentu dan di didik, di asuh dan di bimbing oleh mereka yang mahir.  Kesalahan kita adalah murid-murid sekolah tidak di bimbing dan di didik oleh mereka yang mahir tapi oleh guru yang tak tahu pun tentang sukan yang di ajar.

Itulah sebabnya, walau bagaimana berjayanya kita sebagai ibubapa, kita masih menghantar anak kita ke sekolah kerana guru-guru di latih cara mendidik anak-anak kita tentang pembelajaran..Kenapa tak ajar anak sendiri untuk belajar sedangkan kita ibubapa yang berjaya?  Biarlah mereka yang mahir dalam bersukan mengajar anak-anak kita tentang sukan dan jangan terlalu asyik menubuh pelbagai akademi akademi sukan kononnya demi pembangunan sukan.  Macamnana nak membangun kalau asas bersukan itu pun anak-anak kita tidak tahu?  Kita tidak boleh menghantar anak kita ke pusat pengajian tinggi kalau anak kita tidak melalui asas persekolahan mereka.  Begitu juga bersukan.

Fikir fikirkanlah.  Benda yang banyak bunyi adalah lazimnya benda itu TIADA ISI.

Friday, January 10, 2014

Antara Agama dan Penguatkuasaan - Bila Kita Jadi Pengecut

Hebuh diperkatakan tentang serbuan JAIS ke atas rampasan bible dalam bahasa Melayu yang mengandungi perkataaan Allah.  Orang Kristian dan orang politik DAP hebat mempertikai tindakan JAIS, orang Islam dan NGO Islam pula mempertahankan JAIS.  Sampai bila nak selesai.

Masalah yang diperhebuhkan adalah kerana serbuan dan rampasan JAIS.  Tetapi tidak saorang pun orang Kristian dan orang politik DAP memperkatakan tentang penggunaan perkataan Allah di dalam bible tersebut.  Mereka cuma kata bible dalam bahasa Melayu yang dirampas dan bukan rampasan kerana penggunaan perkataan Allah, yang telah dilarang oleh mahkamah dan Titah Baginda Sultan Selangor yang juga mahukan seluruh rakyat bukan Islam di negeri Selangor DE tidak menggunakan perkataan Allah di dalam agama mereka kerana perkataan Allah adalah HAK orang itu mengikut perlambagaan negara.

Di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain. Senang dan mudah untuk difahami.  Penggunaan perkataan Allah, di Sabah dan Sarawak, sebenarnya dipratikkan sebelum Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian dari negara Malaysia lagi.  Kalau di England atau di Italy, mereka nak gunakan perkataan Allah dalam bible mereka, kita tidak larang pun.  Kita larang kalau perkataan Allah itu digunakan oleh penganut agama lain di Semenanjung Malaysia ini sahaja.  Usah belitkan dan kusutkan situasi dan jadikan ia satu isu keagamaan.

Kalau benar penganut agama Kristian boleh menggunakan perkataan Allah dalam bible mereka, kenapa baru sekarang baru mahu di kuatkuasakan?  Kenapa tidak dari dulu lagi?  Dulu tak guna perkataan Allah, tak jadi hal pun.  Mungkin sekarang situasi sudah berubah.  Mungkin penganut agama Kristian dan sokongan ahli politik DAP maka mereka nampak sebagai mampu untuk satu hari negara ini dapat dijadikan negara Kristian dan yakin DAP dengan sokongan pembangkang dari kalangan orang Melayu Pas dan PKR, mereka mampu untuk mengambilalih tampuk pemerintahan negara dan melakukan perubahan ini.  Mungkin.

Sebenarnya, isu ini tidak perlu ada dan tidak akan di pertikaikan jika semua orang yang mempunyai kuasa untuk bertindak tahu tugasan dan tanggungjawab mereka.  Masalahnya, mereka ini lebih mementingkan periuk nasi dan mata pencarian mereka dari menegakkan kesucian agama Islam.  Tapi bila orang Melayu dan beragama Islam yang melakukan provokasi terhadap bangsa dan agama lain, alangkah pantasnya tindakan dan hukuman diambil ke atas mereka.

Satu contoh terbaik, kes perarakan kepala lembu di Selangor satu ketika dulu.  Pihak Peguam Negara dan polis dengan pantas bertindak dan mengheret mereka yang terlibat kemuka pengadilan.   Itu sebab yang melakukannya adalah orang Melayu dan beragama Islam.  Sedihnya ini negara Islam dan bila orang Islam yang membantah, bila agama Islam di hina dan lebih sedih bila Nabi dan Allah dipermain-mainkan, mereka yang berkuasa yang beragama Islam pula yang menyokong dan melarang tindakan diambil.

Kalau saya mengatakan Paderi Lawrence Andrew ini sebenarnya bukan orang Kristian asli pun.  Entah dari kasta mana pun tak tahu.  Bila dah jadi paderi dan punya suara sikit, dah mula naik junjung.  Kaduk jenis ini sebenarnya hanya akan membunuh tumbuh-tumbuhan lain bila dia mula merebak.  Siapa dia untuk mengarah dan melanggar perintah mahkamah dan Titah Baginda Sultan Selangor, untuk meneruskan penggunaan perkataan Allah di dalam gereja Kristian seluruh Selangor?  Tapi bila di sokong dan di pertahankan oleh orang Cina dan India Kristian yang lain, maka beliau terus berkeras dan kenapa tidak, siapa pun tidak berani bertindak.  Kalau setakat bercakap dan membantah, tak jadi kudis pun.

Peguam Negara, pihak PDRM, Penguatkuasa Agama Negeri dan Negara, pengamal undang-undang dan semua yang berkuasa, tidak siapa pun yang berani bertindak.  Semuanya mengambil sikat tunggu dan lihat. Kalau ada Mufti yang bersuara, Mufti di kutuk, kalau ada NGO Islam yang mahu bertindak, pihak PDRM awal-awal lagi melarang dan mengugut bahawa tindakan undang-undang akan diambil keatas mereka.  MAIN (Majlis Agama Islam Negeri ...) pula lebih ghairah menangkat orang Islam yang duduk berdua-duanya yang melanggar hukum Allah dari mempertaruhkan maruah Allah dan Nabi di hina penganut agama lain.  Saya bukan menyokong perbuatan melanggar hukum Allah, tapi sedih kerana keutamaan yang perlu dipertahankan telah diabaikan.

Saya nak tanya kepada Peguam Negara, melanggar perintah mahkamah bukankah boleh dianggap sebagai menghina mahkamah?  Pekak atau bisukan mereka di pejabat Peguam Negara untuk menghukum mereka yang melanggar araham mahkamah?  Atau macam biasa, kita tunggu ada orang buat laporan.  Pihak PDRM pula asyik dengan ayat-ayat klise mereka, "kita akan buka kertas siasatan dan serahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk pendakwaan."  Nak muntah dibuatnya.

Kalau kita takut, kita lepaskan sahaja jawatan disandang dan berikan kepada mereka yang berani melakukannya.  Paderi Lawrence Andrew telah melanggar perintah mahkamah, Titah Baginda Sultan Selangor dan telah menghina agama Islam, itu pun tak berani untuk bertindak lagi?  Rasanya kalau saya, orang Melayu dan beragama Islam ini, yang berkata kita halau sahaja orang Kristian dan bukan Islam yang mempersoalkan Perlembagaan Negara berkaitan Agama Islam dan Bahasa Melayu, rasanya, bila ditimbulkan oleh orang bukan Islam, pasti cepat pihak polis dan PGA (Pejabat Peguam Negara) bertindak dan mengeret saya ke mahkamah untuk menerima hukuman.

Saya bukan anti Kristian.  Saya bukan musuh penganut agama Hindu atau Buddha.  Saya adalah rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keamanan.  Kebebasan beragama di negara ini telah berjalan lancar dan aman sepanjang 63 tahun saya bernafas.  Tapi, kenapa kini, penganut agama lain seringkali menghina dan mempersendakan agama Islam?  Adakah generasi terkini lupa bahawa ini negara Islam dan orang Kristian, Cina dan India bermula sebagai pendatang dan menumpang kemakmuran di negara yang bertuah ini.  Mereka tidak pernah dihalang untuk mencari rezeri dan di tindas untuk maju.  Tapi kenapa kini mereka terlalu biadab dan lupa diri.

Jawapan yang boleh saya rumuskan adalah, dari Pejabat Peguam Negara, PDRM, MAIN dan serta Menteri Hal Ehwal Agama di Pejabat Perdana Menteri, kalau takut untuk bertindak ke atas perkara yang sahih melanggar undang-undang, baik lepaskan jawatan dan berikan kepada mereka yang berani ke atas perkara yang benar.

Inilah yang terjadi bila kita jadi pengecut.